Ini sebenarnya tudung syria jenis dua keping. Skaf yang di dalam aku jahitkan bunga daripada labuci dan daunnya menggunakan green crsytal.
Manakala untuk tudung di bahagian dalam aku jahitkan crystal bentuk empat segi. Maka, inilah hasilnya......
Apabila guna manik saiz besar ni memang ambil sekejap sahaja sudah siap... maybe dalam 3 jam kalau buat tanpa henti memang dah siap.... tapi tak boleh nak buat tanpa henti kerana time ni aku sibuk duk buat persiapan untuk hari kokurikulum kat sekolah.