Thursday, November 25, 2010

Tudung Insyirah

Ini merupakan tudung aku yang aku pakai masa pergi annual dinner hari tu.hari tu pergi beli tudung dan malam tu terus siapkan sebab malam esok nak pergi dinner di Hotel Grand Continental.

Ini sebenarnya tudung syria jenis dua keping. Skaf yang di dalam aku jahitkan bunga daripada labuci dan daunnya menggunakan green crsytal.
Manakala untuk tudung di bahagian dalam aku jahitkan crystal bentuk empat segi. Maka, inilah hasilnya......

Sunday, October 17, 2010

Yellow and Red Dahlia

Satu lagi hasil sulaman yang berjaya disiapkan dan mengambil tempoh yang agak lama dan lama juga untuk memulakannnya setelah lama "bercuti" selepas raya hari tu.
Agak lama untuk start semula tapi kalau dah start, payah pulak nak berhenti.

Tuan punya baju nak memperindah bajunya dengan highligt di badan dan di tangan pun nak bunga yang agak lebat....
Jadi, gunakan teknik bunga dahlia menggunakan sequins dan daunnya menggunakan batu akrilik....


Sunday, August 22, 2010

Pink and Yellow Sequins Flower

Ini merupakan baju salah seorang cikgu di sekolah aku. Aku gunakan yellow and pink sequins untuk bunga dan manik hijau untuk membuat daunnya.



Baju ni difokuskan kepada sulaman daunnya kerana corak baju ni hanya ada bunga-bunga sahaja.

Masa yang diambil untuk menyiapkab baju ni lebih kurang dalam 4 harilah....


Baru siapkan empat kuntum bunga rozet dengan menggunakan labuci pink besar dan labuci hijau kecil.



Monday, August 16, 2010

Green Pearl with Green Beads

Ini merupakan baju anak Kak Mizah... buat simple aje...jahit two layer manik beriring. Tengah-tengah guna green pearl agar nampak sedikit kelainan. Sengaja guna manik yang besar sedikit agar cepat siap.. he he... Apabila guna manik saiz besar ni memang ambil sekejap sahaja sudah siap... maybe dalam 3 jam kalau buat tanpa henti memang dah siap.... tapi tak boleh nak buat tanpa henti kerana time ni aku sibuk duk buat persiapan untuk hari kokurikulum kat sekolah.










Monday, August 9, 2010

Red and White Sequins Flower

Ini baju aku tahun lepas.... dijahit dengan labuci merah dan putih... buat simple sahaja. yang penting simple and nice to see....









Sunday, August 8, 2010

White Pearl with Silver Sequins

Pertama kali mencuba buat bunga dengan menggunakan labuci. Kemudian di hujung lengan dijahitkan dua lapisan manik beriring dan ditambah dengan manik mutiara agar nampak kelainan sedikit.

Sunday, July 4, 2010

Blue and Green Beads

Ini juga merupakan hasil sulaman yang sudah lama dibuat, tapi baru upload.Saja-saja untuk menambahkan tatapan koleksi. Baju kurung ni sebenarnya juga baju raya untuk tahun-tahun lepas.. aku jahit untuk aku dan anak aku.. jahitan yang sama cuma untuk anak tambah di bahagian leher.

Sekuntum Bunga di Gurun Sahara

Ini merupakan tudung kepunyaan sendiri, kerana tudung terlalu plain sangat, jadi rasanya nak tambah sedikit sahaja bunga agar nampak lebih berseri... Kalau lebih-lebih sangat nanti overacting pulak.....
Bak kata lagu Sekuntum Bunga di Gurun Sahara.
Jahitan bunga ni hanya mengambil masa yang singkat sahaja... lebih kurang setengah jam lah. Fast and easy and simple... just nice..


Dan inilah hasilnya..... i like.......

Baju Insyirah

Sulaman bunga-bungaan ini dijahit untuk kedua-dua belah lengan dan leher.... Supaya cepat siap, jahitkan bunga-bunga labuci macam mangkuk ni...


Dan inilah hasilnya..........




Ini merupakan baju anak perempuan ku, Insyirah yang dipakai pada hari raya tahun lepas. Ingatkan nak cuba teknik shimmering flora, tp dah tak cukup masa, jadi jahit bunga biasa je lah. Rasanya tak mampu lagi nak jahit shimmering flora. Memang mencabar.









Tuesday, June 29, 2010

Flora Cinta

Satu lagi sulaman maniak jenis teknik bunga rozet..... disulam atas baju kepunyaan aku... sebagai cara untuk memahirkan diri sendiri.... dapat gak hilangkah boring dan stress......



Taman Flora

Kali pertama mencuba teknk bunga dahlia dan bunga teratai kat baju customer. Alhamdulillah, customer berpuas hati......







Monday, May 31, 2010

Silver Sequins

Insyirah menggayakan tudung dan baju yang dijahit oleh Umi untuk hari konvokesyennya....


Ini tudung Insyirah untuk Hari Konvokesyen Affan tahun lepas.... biar dia bergaya sikit...






Friday, May 28, 2010

Sekebun Cinta yang Berbunga

Ini di kedua-dua bahagian lengan... gunakan red and yellow sequins for the flower dan green beads and crystal for the leaf...





Gunakan teknik bunga dahlia dan bunga teratai....


Ini merupakan bahagian bawah baju kak mazlina, yg ni tertangguh sikit utk jahit kerana balik kampung...


lepas tu, sambung balik pada hari ahad berlarutan hingga pagi selasa.... then baru siap.... semoga tuan punya baju berpuas hati.....

Beautiful Flowers