Sunday, July 4, 2010

Blue and Green Beads

Ini juga merupakan hasil sulaman yang sudah lama dibuat, tapi baru upload.Saja-saja untuk menambahkan tatapan koleksi. Baju kurung ni sebenarnya juga baju raya untuk tahun-tahun lepas.. aku jahit untuk aku dan anak aku.. jahitan yang sama cuma untuk anak tambah di bahagian leher.

Sekuntum Bunga di Gurun Sahara

Ini merupakan tudung kepunyaan sendiri, kerana tudung terlalu plain sangat, jadi rasanya nak tambah sedikit sahaja bunga agar nampak lebih berseri... Kalau lebih-lebih sangat nanti overacting pulak.....
Bak kata lagu Sekuntum Bunga di Gurun Sahara.
Jahitan bunga ni hanya mengambil masa yang singkat sahaja... lebih kurang setengah jam lah. Fast and easy and simple... just nice..


Dan inilah hasilnya..... i like.......

Baju Insyirah

Sulaman bunga-bungaan ini dijahit untuk kedua-dua belah lengan dan leher.... Supaya cepat siap, jahitkan bunga-bunga labuci macam mangkuk ni...


Dan inilah hasilnya..........




Ini merupakan baju anak perempuan ku, Insyirah yang dipakai pada hari raya tahun lepas. Ingatkan nak cuba teknik shimmering flora, tp dah tak cukup masa, jadi jahit bunga biasa je lah. Rasanya tak mampu lagi nak jahit shimmering flora. Memang mencabar.