Sunday, August 22, 2010

Pink and Yellow Sequins Flower

Ini merupakan baju salah seorang cikgu di sekolah aku. Aku gunakan yellow and pink sequins untuk bunga dan manik hijau untuk membuat daunnya.



Baju ni difokuskan kepada sulaman daunnya kerana corak baju ni hanya ada bunga-bunga sahaja.

Masa yang diambil untuk menyiapkab baju ni lebih kurang dalam 4 harilah....


Baru siapkan empat kuntum bunga rozet dengan menggunakan labuci pink besar dan labuci hijau kecil.



Monday, August 16, 2010

Green Pearl with Green Beads

Ini merupakan baju anak Kak Mizah... buat simple aje...jahit two layer manik beriring. Tengah-tengah guna green pearl agar nampak sedikit kelainan. Sengaja guna manik yang besar sedikit agar cepat siap.. he he... Apabila guna manik saiz besar ni memang ambil sekejap sahaja sudah siap... maybe dalam 3 jam kalau buat tanpa henti memang dah siap.... tapi tak boleh nak buat tanpa henti kerana time ni aku sibuk duk buat persiapan untuk hari kokurikulum kat sekolah.










Monday, August 9, 2010

Red and White Sequins Flower

Ini baju aku tahun lepas.... dijahit dengan labuci merah dan putih... buat simple sahaja. yang penting simple and nice to see....









Sunday, August 8, 2010

White Pearl with Silver Sequins

Pertama kali mencuba buat bunga dengan menggunakan labuci. Kemudian di hujung lengan dijahitkan dua lapisan manik beriring dan ditambah dengan manik mutiara agar nampak kelainan sedikit.