Thursday, November 25, 2010

Tudung Insyirah

Ini merupakan tudung aku yang aku pakai masa pergi annual dinner hari tu.hari tu pergi beli tudung dan malam tu terus siapkan sebab malam esok nak pergi dinner di Hotel Grand Continental.

Ini sebenarnya tudung syria jenis dua keping. Skaf yang di dalam aku jahitkan bunga daripada labuci dan daunnya menggunakan green crsytal.
Manakala untuk tudung di bahagian dalam aku jahitkan crystal bentuk empat segi. Maka, inilah hasilnya......

Sunday, October 17, 2010

Yellow and Red Dahlia

Satu lagi hasil sulaman yang berjaya disiapkan dan mengambil tempoh yang agak lama dan lama juga untuk memulakannnya setelah lama "bercuti" selepas raya hari tu.
Agak lama untuk start semula tapi kalau dah start, payah pulak nak berhenti.

Tuan punya baju nak memperindah bajunya dengan highligt di badan dan di tangan pun nak bunga yang agak lebat....
Jadi, gunakan teknik bunga dahlia menggunakan sequins dan daunnya menggunakan batu akrilik....