Ini merupakan tudung aku yang aku pakai masa pergi annual dinner hari tu.hari tu pergi beli tudung dan malam tu terus siapkan sebab malam esok nak pergi dinner di Hotel Grand Continental.
Ini sebenarnya tudung syria jenis dua keping. Skaf yang di dalam aku jahitkan bunga daripada labuci dan daunnya menggunakan green crsytal.
Manakala untuk tudung di bahagian dalam aku jahitkan crystal bentuk empat segi. Maka, inilah hasilnya......
Satu lagi hasil sulaman yang berjaya disiapkan dan mengambil tempoh yang agak lama dan lama juga untuk memulakannnya setelah lama "bercuti" selepas raya hari tu.
Agak lama untuk start semula tapi kalau dah start, payah pulak nak berhenti.
Tuan punya baju nak memperindah bajunya dengan highligt di badan dan di tangan pun nak bunga yang agak lebat.... Jadi, gunakan teknik bunga dahlia menggunakan sequins dan daunnya menggunakan batu akrilik....
Ini merupakan baju anak Kak Mizah... buat simple aje...jahit two layer manik beriring. Tengah-tengah guna green pearl agar nampak sedikit kelainan. Sengaja guna manik yang besar sedikit agar cepat siap.. he he... Apabila guna manik saiz besar ni memang ambil sekejap sahaja sudah siap... maybe dalam 3 jam kalau buat tanpa henti memang dah siap.... tapi tak boleh nak buat tanpa henti kerana time ni aku sibuk duk buat persiapan untuk hari kokurikulum kat sekolah.
Pertama kali mencuba buat bunga dengan menggunakan labuci. Kemudian di hujung lengan dijahitkan dua lapisan manik beriring dan ditambah dengan manik mutiara agar nampak kelainan sedikit.
Ini juga merupakan hasil sulaman yang sudah lama dibuat, tapi baru upload.Saja-saja untuk menambahkan tatapan koleksi. Baju kurung ni sebenarnya juga baju raya untuk tahun-tahun lepas.. aku jahit untuk aku dan anak aku.. jahitan yang sama cuma untuk anak tambah di bahagian leher.